NASIHAT SAYA PADA YANG INGIN KE IMKK : MATIKAN NIAT ANDA. JANGAN TERUSKAN !

Bagi mereka yang ingin ke Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan dalam erti kata lain iaitu IMKK, nasihat saya : MATIKAN NIAT ANDA, JANGAN PERGI..JANGAN TERUSKAN !

Saya nak tanya, korang pergi sana nak buat apa? 

  • Mak suruh pergi?
  • Isteri paksa?
  • Company taja staff
  • Macam best, tengok ramai yang pergi.

Haa eloklah pun kalau pergi IMKK atas semua sebab ni dan sebab-sebab yang lain. Memang hampir semua yang pergi IMKK, semua bukan sendiri yang nak. Kalau tanya peserta lelaki, ramai akan jawab : isteri suruh. Yang isteri ni pun satu, dah suami tu taknak pergi..paksa pergi pasaipa? Adui lah !

Baik matikan sahaja niat korang nak IMKK. Dahlah kena beratur, kena berebut dengan semua orang waktu nak masuk ke dewan, makan pun terkejar-kejar. TAK BEST SUNGGUH !

KENAPA SAYA KATA JANGAN TERUSKAN NIAT KE IMKK?

Ya. mesti korang terkejut dengan kenyataan ini kan? kenyataan berani mati dari seorang murid dan peserta IMKK. *habislah aku kena maki dengan student dao yang lain*

Memang pun saya berani nak keluarkan kenyataan seperti ini, saya banyak betul tak puas hati bila dah akhiri kelas IMKK. Banyak berita yang saya terima selepas kepulangan dari IMKK MAC 2014.

Yang paling saya tidak boleh lupa, saya menerima panggilan dari Public Gold Branch Sunway Petaling Jaya menyuruh saya ke pejabat mereka tengah hari selasa itu, kerana mereka ingin interview kami dan ingin taja kami keluar paper Berita Harian hari khamis minggu itu jugak! Kan dah menyusahkan saya nak ke PJ dari Rawang. 

Lepas itu pula, kami dapat berita yang saya hamil. MashaAllah. 


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (AR-Rahman)

Ini antara dua berita yang paling best dan paling memorable pada saya. cukup indah. Dan yang paling indah sampai sekarang, hubungan saya dengan orang tua saya. Saya cukup menjaga hubungan saya dengan ibu bapa dan ibu bapa mertua saya. Mereka lah keramat hidup saya, dan mereka lah antara tujuan untuk mencapai apa yang bakal saya capai. 

Kalau ada rezeki, saya ingin ibu bapa saya juga menyertai IMKK, biar kami sama allignment tu. GITU !

Ehhh tadi kata jangan pergi, ni siap nak bawak mak bapak lah pulak ke IMKK. Apesal?

Yelaa, memang lah IMKK tu penat. penat sebab apa? korang ingat peserta datang 'kosong' ke? Peserta datang dengan segala aura negatif yang terpendam dan dah berkarat pun selama 48 tahun. Saya tak cakap awak, saya cakap peserta Nepal tu. ish ish ish. Bila datang dengan aura negatif dan korang lepaskan kat situ, itu yang buat penat. Crew pun flat nak jaga ramai-ramai. 

Tapi balik dari IMKK, satu perasaan lega yang korang dah lepaskan dan buang yang negatif tu kan? Maka terlihat lah segala cahaya terpancar pada muka-muka peserta. Kalau masa hari pertama muka masam je, hari last dah sengih-sengih kerang busuk. Cheit !

Nasihat saya sekali lagi, jika anda ingin ke IMKK. Matikan niat anda sekarang juga !

Sebab, di IMKK lah tujuan hidup saya, BERUBAH, 
cara berfikir saya, BERUBAH, 
cara saya memandang sesuatu "masalah", BERUBAH !
Hubungan saya dengan orang tua saya, BERUBAH.
Komunikasi saya suami isteri, BERUBAH. 
Saya punya perspektif tentang menjadi kaya, BERUBAH !

Terlampau banyak yang saya lalui sepanjang 4 hari 3 malam berIMKK dengan Dr Haji Azizan Osman. My Mentor ! 

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan adalah antara seminar atau "kursus" WAJIB korang pergi sekali seumur hidup ! Tak minta banyak, sekali pun jadi lah. MashaAllah impaknya, sampai sekarang rasa seperti kena ketuk ! *adududuhh*



Ana Aufiah - Berjaya Racun saya ke IMKK.
Sayang hang mek, sampai sekarang aku berterima kasih padamuuu. muah !
Waktu jadi crew dengan Kak Qis Chocoletto dan Ana Aufiah. Mana tah mek tu merayau. Hahahaha.
Pengalaman jadi crew sangat best. Nanti saya share!


Waktu ni, Himpunan Gaza di Dataran Shah Alam. SERONOK !
*MOHON JANGAN JELES*





Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Essential Rewards Order Young Living?

MINYAK PATI YOUNG LIVING RC

Basic Chemistry in Essential Oils