Genting Highland Premium Outlet

30 June, 2017. Genting Highland Premium Outlet. Subhanallah, amazing experience.
Well, memang dalam minggu pertama raya. Of course!
Tapi disebabkan rumah kami di Bukit Beruntung sahaja, jadi kami decide untuk naik ke Genting dengan my soulmates.
Kami tapau KFC dari Ligamas, di bawah sebelum naik ke Genting ikut jalan Ulu Yam. Yahh, kami ingat GHPO pasti berdekatan dengan Indoor Games Genting. Makanan situ kan mahal? Dan tak banyak pilihan. So kami bawak lah makanan dari bawah. Siap siap beli.
Setengah jam dari Bukit Beruntung, sampai ke Ligamas. Lama sebab beli KFC sahaja. Then, kami terus naik Genting Highlands.
Kami meneruskan perjalanan, dan lepas sahaja dari Gerbang Guard di Awana tak sampai 5 minit dah sampai ke GHPO. Terkejut? Saya terkejut gila tau. Sebab ingatkan lama lagi nak sampai.

Huh, rupanya GHPO dekat awana genting sahaja. Area Genting Sempah. Tak sampai naik ke atas pun. Alahaiii, kelakar lah. Okay, anyway. GHPO memang sangat awesome. Subhanallah cantik gila tempat dia weh. 😍😍

Tempat shopping udara sejuk kat Malaysia, well yeah korang patut sampai sini. At least, experience once a lifetime. Udara sejuk tapi sebab dekat awana kan, tak berapa sejuk macam dekat atas lah. ☺️

Seronok memang seronok. Facilities basic memang ada :
• Surau yang selesa
• Diaper Rooms
• Toilets
• Food Arena (macam Food Court, tapi kena beli card reload kat kaunter dulu baru beli makanan. Sini buat jem sikit lah)

Banyak tau tempat makan, ada The Chicken Rice Shop pun. Itu je saya ingat. Hahaha sorry lupa dah. Baskin Robbins, Coffee House semua ada. Tapi, KFC dengan Fast Food lain takde rasanya. atau belum bukak. Sebab banyak outlet masih "coming soon" waktu itu.

Jap share gambar gambar. Untuk sesiapa yang suka ke Shopping Branded. Okay sangat untuk sampai ke sini. Banyak pilihan katanya.

Tempat baru, masa kami pergi baru sangat buka. Belum ada apa sangat. Sebab masih banyak kedai yang belum buka. Tapi yang pasti, beratur orang nak masuk Coach. Amboiiii. Habis duit raya tuuu.








COACH, of course :D


Victoria Secret, a new addiction !

Sekitar GHPO





Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Essential Rewards Order Young Living?

MINYAK PATI YOUNG LIVING RC

Basic Chemistry in Essential Oils