Posts

Showing posts from November, 2015

NASIHAT SAYA PADA YANG INGIN KE IMKK : MATIKAN NIAT ANDA. JANGAN TERUSKAN !

Image
Bagi mereka yang ingin ke Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan dalam erti kata lain iaitu IMKK, nasihat saya : MATIKAN NIAT ANDA, JANGAN PERGI..JANGAN TERUSKAN ! Saya nak tanya, korang pergi sana nak buat apa?  Mak suruh pergi? Isteri paksa? Company taja staff Macam best, tengok ramai yang pergi. Haa eloklah pun kalau pergi IMKK atas semua sebab ni dan sebab-sebab yang lain. Memang hampir semua yang pergi IMKK, semua bukan sendiri yang nak. Kalau tanya peserta lelaki, ramai akan jawab : isteri suruh. Yang isteri ni pun satu, dah suami tu taknak pergi..paksa pergi pasaipa? Adui lah ! Baik matikan sahaja niat korang nak IMKK. Dahlah kena beratur, kena berebut dengan semua orang waktu nak masuk ke dewan, makan pun terkejar-kejar. TAK BEST SUNGGUH ! KENAPA SAYA KATA JANGAN TERUSKAN NIAT KE IMKK? Ya. mesti korang terkejut dengan kenyataan ini kan? kenyataan berani mati dari seorang murid dan peserta IMKK. *habislah aku kena maki dengan student dao yang lain*