Daurah AnNoer : Percutian 2 hari 1 malam yang Luar Biasa!
Bismillahirrahmanirraheem | Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad. Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Allahumma Ya Baari, yang mengaturkan segala ini. Allahumma Ya 'Alim Ya Hakim yang telah memberi kami ilm dan hikmah. Allahumma ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang telah mengumpulkan kami di antara taman-taman syurga di dunia dengan rasa kasih dan sayang. Allahumma ya Sami' Ya Basir yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Allahumma ya Nuur. __ Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengab limpah kurnianya dapatlah kami anak beranak menghadiri Daurah di Maahad anNoer, Janda baik pada 19 & 20 Ogos 2017 yang lepas. Hampir sebulan. Hampir sebulan baru Allah izin untuk update di blog. Alhamdulillah. 🤗 So, saya akan share tentang Pengalaman di Maahad AnNoer. Yeayyy. Alhamdulillah. Memang teringin nak share. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu daurah, macam mana majlis daurah. Saya ada share di post yang sebelum ini