Daurah AnNoer : Percutian 2 hari 1 malam yang Luar Biasa!

Bismillahirrahmanirraheem | Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad. 

Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Allahumma Ya Baari, yang mengaturkan segala ini. Allahumma Ya 'Alim Ya Hakim yang telah memberi kami ilm dan hikmah.

Allahumma ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang telah mengumpulkan kami di antara taman-taman syurga di dunia dengan rasa kasih dan sayang. Allahumma ya Sami' Ya Basir yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Allahumma ya Nuur. 
__

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengab limpah kurnianya dapatlah kami anak beranak menghadiri Daurah di Maahad anNoer, Janda baik pada 19 & 20 Ogos 2017 yang lepas. Hampir sebulan. Hampir sebulan baru Allah izin untuk update di blog. Alhamdulillah. 🤗

So, saya akan share tentang Pengalaman di Maahad AnNoer. Yeayyy. Alhamdulillah. Memang teringin nak share. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu daurah, macam mana majlis daurah. Saya ada share di post yang sebelum ini tentang Daurah sedikit sebanyak. 

Well, persepsi orang mungkin daurah ini untuk orang yang baik-baik sahaja. Yang tak pakai tudung tak boleh, yang tak ada tattoo tak boleh. Tapi sebenarnya ketahuilah bahawa Allah yang Penyayang suka akan hambaNya yang ingin mensucikan jiwa mereka. Hadir lah, walaupun siapa diri anda sekarang. It is okay. Cuma sewaktu daurah, kita pakai sopan-sopan ye. InshaAllah. Waktu daurah inilah kita jumpa pelbagai jenis manusia dari pelbagai ragam dan semua inshaAllah #NoJudging punya geng. Hamdalah!

Baiklah. Bermula perjalan kami :
___

Kami bergerak ke Janda baik dari rumah ibu bapa kami di Bukit Beruntung. Perjalan mengambil masa sejam lebih sahaja dan tidak cukup marhalah untuk melakukan solat jamak. Alhamdulillah dekat dengan rumah. Kami ikut Highway dari Gombak. Waze dan Maps suggest situ. Boleh juga ikut dari kaki Genting. Tapi jalan dia pening sikit lah nak naik bukit tu kan. 


Disebabkan laparuddin, kami singgah makan di R&R area Genting. Dari situ masuk ke Janda Baik dah dekat sangat dah. 

Kami ada jugalah tersesat sewaktu mencari Maahad AnNoer sebab di Janda Baik area situ tersangatlah banyak nya Maahad, Pondok dan tempat mengaji. (btw : Rumah Puan Ainon ABS pun di situ tau!) Memang rasa penat bila nak mencari plus anak-anak dah mula boring dalam kereta. Kami fikir, kena cool kena cool. Allah sengaja uji untuk lihat betul ke kita nak hadir daurah ni. Berapa kali kami pusing sebab nak cari ATM dan Maahad. Tapi alhamdulillah semuanya selamat sampai. 

Mulanya ibu segan untuk hadir keluar mendaftar sebab ramai juga yang tengah mendaftar. Waktu itu sudah masuk jam 3. Daurah bermula pada jam 4.30 iaitu selepas solat asar. InshaAllah. 

Ramai..ramai yang datang. Ada yang dengan kawan-kawan, ada yang dengan ahli keluarga. Pelbagai ragam. Dan pembayaran boleh dibuat terus di kaunter pendaftaran. Semua telah mendaftar awal sebelum kelas. Tidak pasti tentang walk ini. Sebab jika daurah yang besar, tempat juga terhad. Di situ boleh terus membeli kitab. Murah sahaja, kitab Haid Nifas dan Istihadhah RM25. 
___

Pada mulanya kami ingin request bilik keluarga tapi sebab dah penuh, jadi anak-anak dengan ibu. Ayah solo fighter lah. Hehehee. Selesai mendaftar kami pun pergi mengambil beg dan sudah ada pelajar maahad yang ready untuk bimbit beg kami menuju ke asrama. Subhanallah. Mereka sangat mengalu-alukan kita. 

Jadi, ibu masuk ke asrama perempuan. Ruang nya sangat kemas dan teratur. Ada beberapa jenis dorm di situ. Ibu stay di dorm dengah anak-anak. Katil single. Kena berjimat cermat lah ruang tapi so far Alhamdulillah seronok. Jadi, ibu cepat-cepat kemas baju anak-anak dan mandikan mereka dan bersihkan diri. Anak dah mandi dah selesa ibu pun tenang nak tuntut ilmu. 

Disebabkan ibu membawa anak-anak kecil, jadi ibu ambil keputusan untuk solat di bahagian bawah. Bukan di Musolla. Musolla di atas dorm ibu sahaja. Nak naik ke atas pun tidak perlu memakai kasut bagai. Hanya perlu menaiki tangga di tepi dorm. Dan ruang yang ibu duduk tidak jauh dari dorm. 10 langkah sudah sampai. Memang segala-galanya di sekeliling ibu sahaja kemudahannya. Mesin air pun ada sejuk panas. Seronok! Hamdalah. 

Selesai solat asar dan ibu dah ready untuk majlis ilmu. Ada bacaan doa dan juga Maulid sebelum majlis. 

Tuan Guru Sheikh Nuruddin pun hadir dan duduk di tempatnya. Kami pun memulakan daurah dengan memuji Allah dan selawat ke atas Baginda Nabi. Daurah 1: selepas asar bermula dan selesai dengan seronok. Ya Allah serius seronok ilmu ini. 

Banyak yang ibu baru tahu tentang Haid, Nifas dan Istihadhah. Berkenaan hukum. Sungguh, ibu yang seorang wanita Allah jadikan pun selama 26 tahun hidup di dunia barulah nak belajar tentang HAID! Ya Allah ampunilah dosa kami. Tapi ibu yakin, Allah hadirkan pada masa yang tepat. Tidak lambat tidak cepat just nice. Sesuai dengan kehendakNya. 

InshaAllah anak-anak perempuan ibu nanti ibu akan ajarkan mereka tentang haid dan nifas pada awal umur mereka. Apabila sesuai telah tiba masanya. Sayang anak-anak ibu. 








Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Essential Rewards Order Young Living?

MINYAK PATI YOUNG LIVING RC

Daurah Maahad AnNoer, Janda Baik : Kitab Haid, Nifas dan Istihadhoh.