Daurah Maahad AnNoer, Janda Baik : Kitab Haid, Nifas dan Istihadhoh.

MashaAllah Tabarakallah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah. Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad. 

Alhamdulillah, pada 19 & 20 Ogos yang lepas kami sekeluarga mendapat rezeki untuk hadir berdaurah di Maahad AnNoer, Janda Baik. Subhanallah, satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga lebih lebih lagi kepada diri saya sendiri. 🤗

Jujur saya katakan, saya belum pernah hadir mana-mana daurah dan inilah pengalaman pertama saya. and yeahh, All Praise be to Allah Azza Wa Jalla. Saya memang confirm akan repeat berkali-kali daurah tak kira di mana sahaja. saya azam! (ya Allah, Kau Permudahkanlah. aameeen). 🤗
__

Macam mana saya boleh terjebak dengan daurah ni? hmm. Ada seorang adik comel bernama Haidah Munirah yang approach saya dua daurah. Gadis ni dah ajak kawan-kawan lain, tapi untuk yang daurah kedua (not yet) kawan yang lain macam tak dapat nak hadir due to works and studies. so i say, inshaaAllah i will. Dan terus dia share Daurah di Maahad AnNoer ni, and i say YESS too. walaupun sis belum cakap dengan husbaby sis lagi. terus say yes. it was YES YES YES INSHAALLAH all the wayyy. haha mashaAllah. Ampun husbaby. 😘💋
__

Kenapa sis pilih daurah ni sis? sebab TAJUK KITAB yang kita akan bertalaqqi. "HAID, NIFAS dan ISTIHADHAH". mungkin topik ini terlalu cliche pada certain orang. well, memang cliche lah kan? Tapi, kalau ustaz tanya ampa hukum darah ampa, waktu bersih ikut mazhab, ampa boleh jawab dak agak-agak? tak perlu tanya orang. tanya diri sendiri. Ya, saya belajar sebab saya banyakkk sangat tak tahu tentang haid, nifas dan istihadhah walaupun saya seorang wanita solehah (aameeen) dan saya dah lalui most of it. banyak yang baru pertama kali saya dengar! Allahu. 😣😣😢
__

Masa belajar dengan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, memang ada menyentuh keseluruhan bab darah wanita dan hubungan kelamin. Sorry not sorry, dalam bab ini memang akan menyentuh bab kelamin. Sebab sangat berkait rapat. Jadinya, kita faham sendiri lah. Dan tadah ilmu dengar dengan hati terbuka. Boleh?
__

Bawak Anak tak kelam kabut ke sis? MashaAllah Tabarakallah Alhamdulillah. tempat wanita, tandas, amek whudu, ruang solat ruang belajar memang sangat Selesa dan dorm ada aircond tau Subhanallah. Sis bawak dua orang anak #AyeshaEl dan #NaylaEl dan sap sap soi je takde masalah handle yeayyy am so happy Subhanallah. Malangnya, tempat ni sis takde amek gambar lah chuolss. hehehe. Ampun yahh. 😅😄
__

Dorm tempat tidur? Tempat kami tidur adalah di dorm para pelajar kalau tak silap. dorm memang boleh menempatkan lebih 20 orang. kawasan dorm tertutup dan sentiasa sejuk. Bukan sebab pasang aircond tapi mungkin sebab persekitaran. siang pun nyaman je rasanya. mashaAllah. nak takrif kan selesa? itu semua atas masing-masing. Kalau tanya sis, memang dah syukur sangat sangat sangat. dan memang selesa. tidur ramai-ramai with strangers? Bring it on bebeh ! 😍😍
__

Yang muda je ke datang Daurah? Hellooo, ilmu tak mengenal usia tau. Seriously, pelbagai peringkat umur yang datang Daurah. and i saw people with some branded handbags yang datang daurah dan branded paperbag from boutiques yang famous. So, kita semua sama level je masa daurah. Semua mandi tempat sama dan semua makan dalam dulang. 😘☺️
__

Toilet? Toilet and bathrooms super selesa. dan Alhamdulillah walaupun kami ramai kami tak berebut langsungg. mashaAllah aturan Allah. so, worry not! 😍
__

Sis, yang pakai tudung labuh je ke pergi daurah? Surely NOT. Do Not be soo skeptical. Dulu-dulu boleh lah kita fikir macam ni, zaman sekarang. inshallah boleh je, jangan risau takde team makcik bawang akan tuduh kau tak pakai tudung labuh tak boleh daurah. cumanya, pakailah pakaian yang sopan. okay sesayang semua? 😘😘

 Daurah adalah terbuka untuk semua orang. Kita kan nak belajar. waktu ni jelah kita boleh bertalaqqi lutut ke lutut dengan sheikh. Berguru dengan erti kata yang sebenar. Rasailah, Alamilah, Cintailah. InshaAllah 🤗❤️❤️

Rumah Tuan Guru (Google)

__


Pautan link yang pasti buat korang terkejut. Next saya update aktiviti pulak sepanjang di sini kelmarin inshaaAllah! Nak tengok Maahad macam mana? tengok Blog ohBulan tuu. cantik gilaks. Subhanallah!

http://ohbulan.com/terbeliak-mata-kami-bila-tahu-lokasi-cun-ini-rupanya-sekolah-tahfiz-macam-villa/

disclaimer : Apa yang sis share ni, bukanlah bermakna sis paling baik dan solehah. Tapi sis cuba untuk jadi baik dan solehah sebagai anak, isteri, ibu, sahabat, founder, peniaga dan of course Hamba Allah. sis share kepada mereka yang teringin dan tak pernah pergi. 

__

Link Live Video masa Daurah :

https://www.facebook.com/maahadannoer/posts/1058828697485728


https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal/videos/898462610304239/?hc_ref=ARQytR8A8fZV3mIpce7350mU85fMnD9eWLBiwgQyy_6exyqHGiOTjVrc0BqKo0gvRGM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=898739590276541&id=144955965654911

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Essential Rewards Order Young Living?

MINYAK PATI YOUNG LIVING RC